Fakta perlu-tahu
1.) 44% kanak-kanak dunia akan menonton TV sebelum tidur. Dari jumlah tersebut hampir kesemuanya akan ditonton oleh TV akibat tertidur.
2.) Mamma Mia! adalah perkataan Italy yang disebut bagi menunjukkan reaksi terkejut atau gembira dikalangan masyarakat di sana. Berlainan di Malaysia pula, perkataan Mamma Mia diguna secara biasa di mana emak kepada Mia Sara juga boleh disebut Mama Mia.
![]() |
Gambar ini tiada kena mengena dengan kulit album ABBA - MAMMA MIA |
3.)Kajian menunjukkan bahawa Burger Bakar boleh memberi kegemukkan manakala Burger Bakar yang dibelanja rakan boleh memberi kegembiraan.
4.)Adalah mustahil untuk seorang manusia normal untuk bercakap sambil menarik nafas melalui hidung.
5.) Binturong adalah haiwan nokturnal yang hanya terdapat di Asia Tenggara dan didakwa mempunyai bau seperti Pop Corn. Pun begitu, membawa Binturong masuk ke panggung wayang tetap menyalahi undang-undang dan etika masyarakat di Asia Tenggara.
![]() | |
Anak kepada Turong juga dipanggil Bin Turong |
6.) Paul Hunn adalah pemegang rekod sendawa paling kuat dengan 118.1 desibel yang juga bersamaan dengan bunyi sebuah gergaji elektrik.
7.) Tidak ada sekeping kertas pun di dunia ini boleh dilipat sebanyak 7 kali. Bagaimanapun anda boleh dilipat lebih dari 7 kali jika menghantar sepucuk kertas poligami kepada isteri.
8.) Seekor monyet boleh menjadi perokok tegar jika haiwan itu diberi rokok untuk dihisap setiap hari. Seorang rakan yang minta dibelanja rokok free setiap hari juga boleh digelar sebagai monyet.
![]() |
Seperti manusia, citarasa monyet juga berbeza mengikut usia |
9.) Lebih ramai manusia yang mati akibat ditendang keldai dari mati disebabkan kemalangan kapal terbang. Hal ini jelas membuktikan yang keldai tidaklah sebodoh seperti yang manusia sangkakan.
10.) Tiram mempunyai lebih 100 mata di sekeliling cengkerang. Bagaimanapun hal ini masih tidak menghalang tiram dari terus masuk ke perut peminat kupang seantero dunia.
11.) Setelah dikaji selidik, hampir 99% dari mereka yang membaca entri ini telah cuba bercakap sambil menarik nafas melalui hidung.
![]() |
Tahniah, anda manusia normal |
Hakcipta terpelihara Titikdotnoktah.
Sila kongsi entri ini jika sudi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan