Assalamualaikum,
Sambungan dari Siri Satu
Berbeza dengan hari pertama, hari kedua pengembaraan kami adalah dengan menggunakan khidmat supir justeru pengembaraan bertiga kami di Chiang Mai kini menjadi berempat.
Khidmat supir (private guide) yang telah ditempah sebulan awal ini adalah dari Mundo Thailand Tours setelah merujuk rating yang tinggi diberikan pengguna melalui laman sesawang rujukan rasmi kami iaitu Tripadvisor.
Hari kedua,
Hari kedua di Chiang Mai dimulakan dengan sarapan pagi di hotel. Dari puluhan menu disediakan, kami hanya memilih roti dan salad memandangkan masih awas dengan status halal yang memang jelas tidak dinyatakan.
![]() |
Gambar dirakam oleh petugas hotel yang mesra tahap dewa |