Assalamualaikum,
2 tahun blog ini bersarang dan entah kenapa tanggal hari ke 849 jari terasa rajin untuk mengarang.
Kalau dulu pengembaraan hanya berdua, kini kami pergi bertiga.
Entri ini akan berkisar kepada pengalaman mengembara ke 2 kota di Thailand, satu utara dan satu lagi di selatan. Satu sahaja kesimpulan buat negera yang terkenal dengan ketaksuban terhadap raja dan gajah ini iaitu, "keunikan yang mengujakan".
Chiang Mai (23-26/2/2014)
Hari pertama,
Tiket dari LCCT ke Chiang Mai telah dibeli 10 bulan awal dengan purata kos RM105 seorang untuk perjalan sehala. Perjalan dari Kuala Lumpur yang cuma menelan masa 1 jam 45 minit ini berakhir pada sekitar jam 8.40 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai.
Cuaca di Chiang Mai kurang lebih seperti di Kuala Lumpur, mungkin lebih dingin sedikit kerana terletak di sebelah utara Thailand dan dikelilingi hutan hijau dan gunung ganang. Ketibaan kami disambut senang oleh pegawai lapangan yang bertugas di pintu ketibaan. Tanpa membuang masa, kami menempah teksi melalui kaunter di dalam lapangan terbang untuk terus ke hotel yang terletak ditengah kota Chiang Mai yang dianggarkan cuma 15km+ (30minit) dari lapangan terbang dan yuran teksi sebanyak RM30+.
![]() |
Titik tanda biru di peta di atas adalah Suriwongse Hotel. |
Suriwongse Hotel Chiang Mai adalah tempat beradu kami bertiga untuk 3 malam yang seterusnya. Hotel bertaraf 3 bintang ini menelan belanja RM250 semalam (termasuk sarapan) dan terletak hanya dengan satu campakan batu dari Chang Klan Road (terletaknya Night Market) dan Anusarn Market (deretan kedai makan Halal). Lokasinya juga strategik dan dalam radius keboleh jalankakian ke Old City lokasi di mana Sunday Market (sangat mesti pergi) dan tempat bersejarah lain berada.
Sesampai sahaja di Suriwongse Hotel, kami diberi kebenaran untuk terus masuk ke bilik walaupun jam baru menunjukkan jam 10pagi, mukadimah yang baik untuk pengembaraan kami kali ini. Servis yang tahap tertinggi selain keselesaan, kemurahan dan kecantikan lokasi hotel ini menyebabkan ianya menjadi saranan untuk anda yang mahu ke sini.
Hari pertama kami di Chiang Mai jatuh pada hari Ahad, justeru peluang ke Sunday Market pastinya tidak dilepaskan. Sementara menunggu pasar Ahad ini buka pada jam 6 petang, kami habiskan hari pertama dengan bersiar menyusuri Old City yang indah dengan deretan kedai cenderahati dan kedai kopi yang unik dan menarik hati. Eksotiknya Old City ini ianya hanya berdiameter 1km, berbentuk segi empat sama,
dikelilingi sungai dan tembok khas yang dibina 700 tahun dahulu bagi
menempatkan ratusan sami di dalamnya.
Berselfie di salah satu pura di Old City |
Berehat di taman yang letaknya ditengah-tengah Old City |
Berlatar belakangkan pintu utama tembok Old City iaitu Thapea Gate yang menghadap Sungai Ping |
Tuktuk dan Thailand berpisah tiada. Ada banyak kenderaan seperti ini di Chiang Mai, hanya lambaikan tangan dan deretan Tuktuk sedia berkhidmat untuk anda |
Disekitar Night Market, Old City yang wajib dilawati. Rata-rata produk yang dijual hanya boleh didapati di sini terutama produk kraftangan dan kesenian mereka |
Magnet peti ais seperti ini hanya berharga RM1 sekeping |
Kombinasi seni musik jalanan dari luar yang diadun sentuhan lokal |
Pura Wat Chedi Luang di Night Market, Old City |
Malam masih muda
Jam menunjukkan pukul 11 malam dan deretan gerai sementara di Sunday Market sudah mula beransur kemas, lebih awal berbanding uptown/downtown di KL yang biasanya tamat operasi jam 2 pagi. Dek kepenatan berjalan lebih 1 km merentasi pasar tadi menyebabkan kami memilih untuk menaiki tuktuk kembali ke Hotel dengan cas dikenakan kurang RM10.
Jam menunjukkan pukul 11 malam dan deretan gerai sementara di Sunday Market sudah mula beransur kemas, lebih awal berbanding uptown/downtown di KL yang biasanya tamat operasi jam 2 pagi. Dek kepenatan berjalan lebih 1 km merentasi pasar tadi menyebabkan kami memilih untuk menaiki tuktuk kembali ke Hotel dengan cas dikenakan kurang RM10.
Sebelum menjejak kaki ke hotel, sempat kami menyinggah ke gerai Kebab di hadapan hotel (Chang Klan Road). Harga makanan dan minuman di sini sama seperti di Malaysia, dan kebab seperti hidangan makan malam tadi cuma berharga RM7 untuk satu set.
Bersambung di entri seterusnya untuk hari seterusnya di bumi Siam.
Bersambung di entri seterusnya untuk hari seterusnya di bumi Siam.
Sawadee Kaap,
Assalamualaikum..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan