Assalamualaikum,
Khidmat supir sama yang digunakan hari kedua diteruskan perkhidmatannya sehingga ke hari ke-3 atas kecemerlangan yang ditunjukkan.
 |
Maesa Elephant Camp @ Tapae Rd, Muang District |
Tidak sah ke Chiang Mai jika anda tidak melawat santuari gajah yang menjadi mercu tanda pelancongan di Chiang Mai.
Terletak hampir 40km dari bandar Chiang Mai, Maesa Elephant Camp adalah salah satu dari berpuluh santuari gajah yang ada dan justifikasi pemilihan lokasi ini adalah kerana harga nya yang sedikit murah berbanding santuari lain.
Bayaran yang dicas oleh supir adalah 3000bath / RM300++ untuk kami sekeluarga termasuk transportasi sepanjang 1hari dan tiket masuk ke santuari ini.
 |
Bersinglet, bertopi dan masih mengendong baby. Contoh bapa mithali. |
Semasuknya dari pintu santuari, deretan gajah menanti dengan menghulur belalai cuba menyedok pisang dari tangan kami. Memang mengujakan bila dapat melihat menyentuh raksaksa seberat 5 tan ini.
 |
Mudah mesra walau pertama kali bersua mata | |
 |
Manja si comel ni rasa macam nak bela sekor bila balik nanti. | |
Seterusnya, sebelum dibawa berpusing menunggang (membonceng?) gajah, kami terlebih dahulu dihidangkan dengan beberapa persembahan gajah antaranya 'parade show', 'painting show', 'sleeping show', 'dancing show' dan 'fooball show'. Ya, 'football show' oleh barisan pemain bola sepak yang terdiri dari beberapa ekor gajah.
 |
Gajah yang pandai bermain bola |
 |
Mereka juga pandai menari |
 |
Pandai berlakon... |
 |
Dan yang agak sukar diterima akal, gajah di sini juga pandai melukis |
 |
Tak keterlaluan jika saya katakan hasil lukisan gajah ini lebih baik dari lukisan tangan majoriti manusia yang menyaksikan persembahan ini |
Dengan menjadi saksi kepada kepelbagaibolehan yang ditunjukkan oleh gajah di sini, tak mustahil satu hari nanti bila kita kembali lagi, gajah-gajah ini sudah mula boleh memandu lori atau mungkin menjadi pelayan di restoran mahupun penjaga tiket di kaunter hadapan.
Selesai persembahan gajah tadi yang mengambil masa kurang lebih 1 jam, pengunjung seterusnya di bawa ke kawasan menara yang menempatkan deretan gajah yang sudah beratur mengambil tempat untuk ditunggangi dan di bawa bersiar ke kawasan santuari.
 |
Bagi yang biasa naik kancil, pasti akan ada rasa kekok bila naik gajah ini. |
 |
Pelancong dari Jepun ini memotong jentera yang dinaiki kami sejurus lepas selekoh pertama |
 |
Pemandangan biasa, gajah parking depan rumah sementara tunggu owner bersiap untuk dibawa keluar bersiar. |
Selesai bersiar dengan gajah, kami berehat sebentar sebelum mencuci mata di kedai cenderahati di dalam santuari ini dan seterusnya singgah ke sebuah tempat memproses sutera asli, Shinawatra Silk House yang juga terletak dalam laluan perjalanan kami pulang ke hotel.
 |
Sempat menyambar sarung bantal sutera asli Thailand sebagai kenangan |
 |
Dari seekor ulat menjadi sehelai kain |
Malam terakhir di Chiang Mai, kami bersiar di Anusarn Market yang terletak hanya 200meter dari hotel menginap kami. Di sini, selain terdapat deretan kedai makan halal, juga terdapat lambakan gerai persis bazar karat/uptown yang menjual pelbagai kraf unik dan macam-macam lagi.
Beberapa gambar di Anusarn Market menjadi penutup kepada siri ketiga dan terakhir tulisan kisah di Chiang Mai ini. Jika berkesempatan, jumpa di siri seterusnya, the city of angels, si 'krungthep' Bangkok.
 |
Welcome to Anusarn Market |
 |
Luas Anursarn Market kurang lebih 2km persegi |
Sampai jumpa lagi,
Assalamualaikum..
Terbaik bos... Best baca blog awak.. Ad prosa2 yg mengeletek hati kami bos...
BalasPadam