Cari Blog Ini

Khamis, 13 September 2012

Liburan - Gego 2012 (Bahagian Satu)

'Cara menyebut #gego2012 bukan gey-go tau..its GE (gemilang) Go (gore)', petikan dari Pencicit JOHO

Pukul 1945 (Waktu Malaysia) - Tiada parkir khas di sediakan lantas ruang kosong berhampiran Pejabat Pos Besar Johor (PO) dijadikan tumpangan dengan harapan tidak ada tangan rajin yang datang menyaman. Melihat keadaan bukit yang agak curam, dakian dilakukan dengan perlahan dan tenang sehinganya tiba ke pintu masuk Bukit Timbalan.

‘Pintu masuk di sebelah depan, mohon kalian untuk berjalan kaki mengikut arah ini’

Kata pegawai RELA bertugas disusuri dengan isyarat berhenti.

‘Maaf, saya media dan datang atas jemputan’

Senyuman dikembalikan, lantas urusetia berhampiran dipanggil bagi mengiringi kami (saya dan isteri) ke suatu lokasi yang tak pasti bagi prosesi mendapatkan pas media disusuli wawancara ringkas, harap kami dalam hati.

Tersergam megah sepanjang perjalanan, sebuah bangunan lama yang dibina sirka 1938 oleh Almarhum Sultan Ismail. Dahulunya pernah menjadi mercu tertinggi di JOHOR, bangunan dengan corak citarasa Inggeris ini juga menjadi kubu kuat tatkala zaman perang sebelum di ubah suai menjadi pusat pentadbiran resmi kerajaan.



Perjalanan terhenti setibanya di bilik uru-setia, di sambut oleh seorang petugas JOHO kami di beri penerangan perihal serba sedikit berkenaan kelansungan program, sementara menunggu ketibaan pengasas JOHO untuk hadir berkongsi kisah.

‘JOHO ditubuhkan secara rasmi pada satu haribulan satu dua ribu sepuluh di mana pada tarikh sama juga kami menganjurkan sebuah pertunjukan seni dan musik yang pertama kendalian sepenuhnya oleh JOHO’.

Salah satu bait yang dipetik dari pengasas JOHO melalui wawancara santai yang terjalan dengan spontan. Sedikit buah tangan di hulurkan bagi mengakhiri perbualan.

Sebaik keluar dari bilik, halwa telinga terpanggil dek ketukan ketat drum padat sambil laungan ‘sadarkan aku, kejutkan aku’ di selangselikan. Disebalik celahan kabus malam, kelihatan jelas beberapa makhluk berambut pintal kunci memukau diri termasuk yang memerhati dengan aksi rege (reggae) tanpa henti  yang bertaraf tinggi.

Tidak ada lain dan tidak bukan, mereka adalah...

..catatan ini akan bersambung. insyaAllah..


This is not just a festival, this is WHO WE ARE.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut