Cari Blog Ini

Sabtu, 8 September 2012

Pengembaraan - Pengenalan

Jangan melancong, sebaiknya pergilah mengembara.

Sebahagian dari masa dan kewangan telah didedikasikan untuk aktiviti ini. Sasaran sekurangnya 3 lokasi dituju sepanjang tahun di lihat sukar dicapai lagi. Terutama selepas pertambahan komitmen akibat diberi pengiktirafan gelaran berstatus Suami. Walau begitu, syukur kehadrat tuhan dikurniakan Isteri yang memahami dan sanggup berkongsi hobi.

Lokasi yang pernah dikunjungi?

Telalu banyak, tetapi semua di alam fantasi. Yang telah direaliti setakat ini hanya Singapura, Selatan Thailand dan Bali. Serta beberapa lagi buah Negeri di Borneo dan Semenanjung tanah air.

Agenda seterusnya.

Setelah mendapat perkenan Isteri, Seoul Korea adalah lokasi seterusnya yang akan dikunjungi. Seperti pengembaraan sebelum ini, tidak banyak kos yang perlu ditanggungi jika 2 hukum mengembara ini terus diturut; tempahan awal dan membuat rujukan terperinci (aplikasi 'Tripadvisor' adalah yang paling disarankan).

Untuk maklumat lanjut tentang persiapan mengembara boleh rujuk di sini.

Mengembaralah ke negara mana sahaja asal ada dalam peta dunia.
Pokok pangkalnya, ikut kemampuan dan citarasa.

Masa untuk keluar dari kubikal ini dan mencari sesuap nasi.

Sampai jumpa lagi.


Assalamualaikum.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut