Cari Blog Ini

Selasa, 4 September 2012

Tanggal Empat September Dua Ribu Dua Belas

Di sebuah pejabat swasta terletak anggaran 15km radius dari Pusat Bandar Johor Bahru.

Akibat tekanan bosan dan setelah diberi pertimbangan maka terciptalah sebuah blog yang entah dari mana datang idealogi namanya cuma yang pasti berasal dari gabungan perisian sebuah komputer DELL Optiplex 380 dengan jaringan TM Net serta hasil tekanan tepat jejari Ahmad Aswad Ashar pada jam 5.52pm (waktu Malaysia). Ini adalah blog pertama kendalian penuh anak Johor ini setelah genap 9346 hari, 15 jam, 30 minit dipinjamkan ke muka bumi.

Untuk apa blog ini?

Entah, apa yang akan dicoret masih belum menjadi kepastian tetapi niat di hati yang menjadi keutamaan adalah kepuasan. Kepuasan dalam menulis dan berkongsi atau erti kata lain, peduli. Dilahirkan dengan sifat ingin tahu yang tinggi hinggakan semua perkara hendak diteliti menjadikan jari ini terasa rajin untuk mengetuk papan kekunci lantas mengabadi semua yang terlintas di hati untuk tontotan mereka yang sudi.


Apa yang ingin di kongsi?

Apa sahaja perkara menarik yang melibatkan bumi dan isi hati. Semua hasil nukilan adalah pendapat dari hati tanpa ada pengaruh dari lain-lain anasir. Tidak semestinya betul atau tepat, diulangi, hanya sekadar pendapat.

Loceng pulang sudah berdering, sampai di sini moga jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut